Tunaikan Amanah Anda, Bantu Mereka Yang Memerlukan

Platform zakat dan kebajikan yang telus, dipercayai dan memberi impak kepada golongan asnaf pelajar Jordan.
TENTANG UZS

Unit Zakat Dan Sedekah

Unit Zakat dan Sedekah (UZS) merupakan sebuah Badan Khas di bawah naungan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) yang bertanggungjawab memastikan keterjaminan kebajikan ahli MPMMJ.

Program-program dan bantuan yang telah dirancang merupakan keperluan untuk menjayakan UZS pada sesi kali ini.

Program Kebajikan & Agihan

Kami merupakan organisasi pengurusan zakat dan kebajikan yang berperanan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dalam kalangan pelajar di Jordan secara telus dan teratur. Setiap sumbangan yang diterima diurus dengan penuh integriti

Bantuan Maybank

Program bantuan kewangan khas bagi meringankan beban golongan yang layak melalui kerjasama strategik bersama institusi kewangan.

Skim It’am

Inisiatif bantuan makanan asas khusus kepada pelajar asnaf bagi memastikan keperluan harian mereka sentiasa mencukupi dan kebajikan mereka terpelihara.

Skim Infaq

Platform sumbangan umum untuk menyokong pelbagai aktiviti kebajikan dan pembangunan komuniti.

Zakat Fitrah & Fidyah

Kemudahan pembayaran zakat fitrah dan fidyah secara mudah, cepat dan selamat.

Sahabat Ta’awun

Program kerjasama komuniti dan korporat dalam memperluaskan impak kebajikan.

Takaful Inter-BKAN

Program untuk membantu ahli BKAN yang terlibat dalam kes-kes kecemasan dan memerlukan dana yang segera.

Program yang kini sedang dijalankan

22 April 2026 - 19 Jun 2026

Impak Sumbangan Anda

Setiap sumbangan yang diterima disalurkan secara berfokus kepada golongan asnaf dan masyarakat memerlukan.
RM 300,000+
Jumlah Agihan Tahunan
1,800+
Penerima Manfaat
420+
Sukarelawan Aktif
12+
Program Kebajikan Dilaksanakan

Kisah Penerima

Dengarkan suara mereka yang mendapat manfaat daripada sumbangan anda — setiap bantuan membawa perubahan nyata dalam kehidupan pelajar dan keluarga asnaf.

PELAJAR SISWA 2026

Alhamdulillah sumbangan zakat ni sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan dapat meringankan beban kewangan keluarga.
-Penerima Zakat Fitrah dan Fidyah

PELAJAR SISWA 2026

Bantuan Skim Infaq ini membantu saya menampung kos pengajian dan keperluan asas sebagai pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana.
-Penerima Skim Infaq

PELAJAR SISWA 2026

Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih atas sumbangan Skim Infaq ini kerana dapat membantu membiaya yuran bagi semester 2 serta semester akhir saya di sini.
-Penerima Skim Infaq

PELAJAR SISWA 2026

Saya amat bersyukur atas bantuan yang diterima. Bantuan ini amat berharga dan bermakna bagi membantu saya meneruskan kehidupan di Jordan dengan lebih tenang.
-Penerima Skim It’am

PELAJAR SISWA 2026

Saya merupakan pelajar sendirian akan tetapi keluarga mengalami kekangan kewangan yang amat tinggi, dengan Bantuan Maybank ini saya dapat menampung yuran pengajian, sewa rumah serta kos sara hidup yang lain di sini.
-Penerima Bantuan Maybank Islamic

Setiap Ringgit Anda Membawa Sinar Harapan

Tunaikan tanggungjawab anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan.
Copyright © 2026. Own by Unit Zakat Dan Sedekah . All Right Reserved | Design & Development by SENICODE SOLUTION SDN BHD

SUMBANGAN UMUM

Sila lengkapkan maklumat di bawah selepas membuat sumbangan
SUMBANGAN UMUM

A. Maklumat Peribadi


PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

Sila lengkapkan maklumat di bawah untuk pembayaran zakat harta
PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

A. Maklumat Peribadi