Unit Zakat dan Sedekah (UZS) merupakan sebuah organisasi pengurusan zakat dan kebajikan yang bernaung di bawah Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ).
UZS berperanan menyalurkan bantuan zakat dan sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan secara telus, sistematik dan teratur. Setiap sumbangan yang diterima diurus dengan penuh amanah dan integriti bagi memastikan kebajikan, kelangsungan pengajian serta kesejahteraan para pelajar sentiasa terpelihara.
|
Visi Kami
Menjadi organisasi pengurusan zakat dan kebajikan pelajar Malaysia di Jordan yang unggul, telus dan berintegriti dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa terpelihara.
|
Misi Kami
Menjadi organisasi pengurusan zakat dan kebajikan pelajar Malaysia di Jordan yang unggul, telus dan berintegriti dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa terpelihara.
Kenali Team Kami
Struktur kukuh, amanah, memastikan setiap bantuan sampai kepada yang memerlukan.
Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan ringkas dan jelas untuk membantu pelajar dan penyumbang memahami proses bantuan dan penyaluran zakat UZS.
Pelajar Malaysia yang tergolong dalam golongan asnaf di Jordan dan sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di bawah pengawasan EMJ dan MPMMJ.
Anda boleh menyumbang melalui akaun bendahari UZS atau pemindahan online. Setiap sumbangan akan diurus dengan penuh integriti dan telus.
Proses permohonan biasanya mengambil masa 7–14 hari bekerja selepas semua dokumen diserahkan dan disahkan oleh Unit Perwakilan Mantiqah.
Bantuan merangkumi kewangan untuk sara hidup, yuran pengajian, keperluan asas, dan bantuan kecemasan bagi pelajar yang layak.
Ikuti laman Fcebook rasmi Unit Zakat dan Sedekah Sejordan-(UZS), media sosial EMJ & MPMMJ, atau Instagram @uzsjordan untuk maklumat terkini dan pengumuman bantuan.
Setiap Ringgit Anda Membawa Sinar Harapan
Tunaikan tanggungjawab anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan.