Pengenalan Skim It’am
Skim It'am merupakan satu inisiatif kebajikan yang diasaskan bagi menyediakan bantuan makanan asasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan yang berada dalam keadaan kewangan yang mencabar. Program ini diwujudkan dengan hasrat untuk memastikan tiada pelajar yang terabai dalam keperluan harian, khususnya dari segi pemakanan, yang menjadi asas kepada kesihatan dan tumpuan dalam pembelajaran.
Melalui sumbangan makanan asas seperti beras, telur dan barangan dapur lain, Skim It'am bukan sahaja menjadi simbol keprihatinan komuniti, malah sebagai usaha memperkukuh nilai ukhuwah, kebersamaan dan semangat tolong-menolong dalam kalangan pelajar di perantauan. Skim ini juga diharapkan dapat menyemai budaya cakna terhadap keperluan rakan-rakan seperjuangan serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha kebajikan yang inklusif dan berkesan pada masa akan datang.