Jadilah sebahagian daripada komuniti penyumbang yang membantu kebajikan pelajar Malaysia di Jordan melalui sumbangan yang berterusan dan penuh keikhlasan.
Program Sahabat Ta’awun merupakan inisiatif kebajikan yang menggalakkan individu, alumni, dan masyarakat untuk menyumbang secara berterusan bagi membantu pelajar Malaysia di Jordan yang memerlukan. Melalui semangat ta’awun (tolong-menolong), setiap sumbangan akan disalurkan kepada pelajar asnaf bagi membantu keperluan sara hidup, bantuan kecemasan, serta kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Objektif Program
Menggalakkan budaya saling membantu dalam komuniti
Menyediakan dana kebajikan yang berterusan untuk pelajar
Meringankan beban kewangan pelajar asnaf
Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara
Sertai Sekarang!
Anda dijemput untuk masuk ke group sahabat taawun: