Utama
Tentang Kami
Detail Blog

Jenis-Jenis Riba

Riba al-Nasiah’ (رِبَا النَّسِيْئَةَ)

Riba yang berlaku disebabkan jual beli item ribawi dengan item ribawi lain dengan illah yang sama, berserta penangguhan dalam akad pada salah satu item.

Contoh:
Zaid menjual 100 Dinar emas kepada Amru dengan harga 1000 Dirham perak, dan mereka mensyaratkan dalam majlis akad bahawa qabadh emas hendaklah dilakukan secara serta-merta (Uls) manakala qabadh perak secara bertangguh [iaitu qabadh bukan pada majlis akad] (et) ,maka ini adalah riba nasiah, walaupun qabadh perak tersebut berlaku dalam majlis sebelum mereka berpisah.
[Riba Nasiah ialah pensyaratan penangguhan pada salah satu item dalam jual beli item ribawi.

Riba al-Fadl

Riba yang terjadi disebabkan jual beli item ribawi yang sama jenis dengan pertambahan pada salah satu daripadanya.
Contoh:
Jual beli antara 5 gram emas (jenis 916) dengan 6 gram emas (jenis 750), ianya haram kerana berlaku lebihan pada emas (jenis 750) dan ianya adalah riba. Sepatutnya kedua-dua emas tersebut sama berat timbangannya. Jenis kualiti tidak memberi kesan kepada hukum.

Contoh Amalan

Riba yang berlaku disebabkan jual beli item ribawi dengan item ribawi yang lain dengan illah yang sama, tanpa sebarang pensyaratan penangguhan pada akad, tetapi berlaku penangguhan pada qabadh salah satu atau kedua-dua item tersebut daripada majlis akad, maka kedua-dua penjual dan pembeli berpisah sebelum qabadh.
Contoh:
Zaid menjual 100 Dinar emas kepada Amru dengan harga 1000 Dirham perak secara serta-merta (Ja), maka Amru menerima emas tersebut pada majlis akad, tetapi mereka berpisah sebelum penyerahan perak tersebut kepada Zaid, maka qabadh perak itu tertangguh.

Setiap Ringgit Anda Membawa Sinar Harapan

Tunaikan tanggungjawab anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan.
Copyright © 2026. Own by Unit Zakat Dan Sedekah . All Right Reserved | Design & Development by SENICODE SOLUTION SDN BHD

SUMBANGAN UMUM

Sila lengkapkan maklumat di bawah selepas membuat sumbangan
SUMBANGAN UMUM

A. Maklumat Peribadi


PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

Sila lengkapkan maklumat di bawah untuk pembayaran zakat harta
PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

A. Maklumat Peribadi