Soalan 1: Apakah definisi zakat harta ?
A – Zakat yang wajib ditunaikan pada bulan ramadhan sebagai penyuci jiwa
B – Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu apabila cukup syarat
C – Zakat yang diwajibkan ke atas semua individu tanpa syarat
Jawapan: B iaitu Zakat yang dikenakan ke atas harta tertentu apabila cukup syarat
Soalan 2: Apakah tujuan zakat harta?
A – Membersihkan harta dan membantu golongan asnaf
B – Membersihkan jiwa dan menyempurnakan ibadah puasa
C – Meningkatkan keimanan dan taraf hidup masyarakat islam
Jawapan: A iaitu Membersihkan harta dan membantu golongan asnaf
Soalan 3: Berapakah kadar asas bayaran zakat harta?
A – 1%
B – 2.5%
C – 5%
Jawapan: B iaitu 2.5% , kadar berbeza mengikut jenis harta
Soalan 4: Bilakah waktu wajib bayar zakat harta?
A – Hanya pada bulan ramadhan
B – Setiap bulan
C – Apabila cukup nisab dan haul ( setahun )
Jawapan: C iaitu Apabila cukup nisab ( jumlah minimum ) dan haul ( setahun pemilikan )
Soalan 5: Siapakah yang wajib membayar zakat harta?
A – Semua umat islam
B – Hanya orang yang mempunyai harta cukup syarat
C – Golongan fakir miskin
Jawapan: B iaitu Hanya orang yang mempunyai harta yang cukup syarat