Ini adalah pendapat imam empat mazhab, meskipun mereka berbeza pada jenis barang yang diharamkan untuk melakukan monopoli padanya.
Muhammad bin Rusyd berkata “tidak dibenarkan menyembunyikan sesuatu
pun dari makanan pada ketika perbuatan tersebut memudharatkan
masyarakat.”
Diriwayatkan oleh Ma’mar bin Abi Maimar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يَحْتَكِرُ إِلا خَاطِئ
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan monopoli barang. Jika tidak, dia termasuk orang yang bersalah (berdosa).”
Al-Mausili berpendapat, pandangan yang mengharamkan intikar ini hanya bersandar kepada satu sahaja hujah yang sahih, iaitu hadith riwayat Ma mar bin Abi Mamar R.A dalam Sahih Muslim.
Hadith Ma’mar bin Abi Ma’mar R.A ini dikritik kerana Ma mar bin Abi Ma’mar R.A yang meriwayatkan hadith ini juga melakukan ihtikar.
Apabila seorang sahabat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hadith, ini menunjukkan bahawa hadith tersebut telah dimansukhkan atau lemah.
Pendapat Kedua adalah Marjuh disisi mazhab Syafi’e dan mazhab Hanbali.