Utama
Tentang Kami
Detail Blog

ZAKAT, SEDEKAH, INFAQ DAN WAKAF

 

ZAKAT

Agama Islam memandang harta itu sebagai anugerah dan amanah daripada Allah SWT untuk diurus dengan sebaik-baiknya, seperti membelanjakannya pada perkara-perkara yang baik dan berfaedah, memberi nafkah kepada orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya, serta menyalurkannya ke arah perkara yang berkebajikan seperti bersedekah dan lebih-lebih lagi mengeluarkan zakat.

Mengeluarkan zakat merupakan salah satu kawajipan daripada rukun Islam yang lima apabila telah cukup syarat dan haulnya. Mengeluarkan zakat merupakan perintah Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 110:

وَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ

Maksudnya: “Dan kamu dirikanlah sembahyang dan bayarlah zakat”

Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis:

عن أبي عبد الرحمن، عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله وسلم يقول: بني الاسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج البيت وصوم رمضان

Maksudnya: Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar Al-Khatab Radiallahi Anhuma dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Islam dibangunkan atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”.
(HR Muslim)

SEDEKAH

Sedekah bermaksud pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالمسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرَّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهّ وَابْنِ السَّبِيلِ -فَرِيضَةً مِنَ اللّهّ وَاللهَ عَلِيمُ حَكِيمُ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [Surah al-Taubah, (9:60)]

Begitu juga keterangan hadis dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:

هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللهَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum
Muslimin. [Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)]

INFAQ

Infaq menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Maksudnya: “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.”

Perkataan ‘يُنْفِقُونَ’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah sinonim.

WAQAF

Waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu.

Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut. lanya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewagaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk ialan kebaikan. Pahala orang yang berwaqaf ini akan berkekalan selagi mana harta waqaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewaqaf. Waqaf juga disebut
sebagai sedekah jariah.

Sabda Rasulullah SAW:

إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلَهُ إلاّ مِنْ ثَلاَثِ : صَدَقَةِ جَارِيَةِ ، أَوْ عِلم يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِح يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.” (HR Muslim)

Imam Nawawi RA menjelaskan bahawa sedekah jariah itu bermaksud wakaf. Justeru, boleh disimpulkan bahawa pengertian infaq dan sedekah memiliki maksud zakat wajib, zakat harta dan sedekah sunat. Manakala wakaf ialah pengertian yang lebih khusus kepada amalan wakaf.

Setiap Ringgit Anda Membawa Sinar Harapan

Tunaikan tanggungjawab anda hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan.
Copyright © 2026. Own by Unit Zakat Dan Sedekah . All Right Reserved | Design & Development by SENICODE SOLUTION SDN BHD

SUMBANGAN UMUM

Sila lengkapkan maklumat di bawah selepas membuat sumbangan
SUMBANGAN UMUM

A. Maklumat Peribadi


PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

Sila lengkapkan maklumat di bawah untuk pembayaran zakat harta
PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

A. Maklumat Peribadi